Indek dolar As berjaya untuk terus menunjukkan tanda-tanda pengukuhan dan menembusi atas rintnagan penting yang pertama.Walaupun aliran kekal menaik,kita percaya bahawa terdapat peluang untuk melihat pergerakkan pada ketinggian sebelumnya pada 96.60 dan penarikkan balik.

Garisan hijau - garisan aliran rintangan
Garisan merah - rintangan mendatar pada ketinggian sebelumnya
Indek dolar As sedang didagangkan atas Ichimoku cloud dan telah pun menembusi garisan aliran condong menurun warna hijau.Ini merupakan isyarat kenaikkan.Walaubagaimanapun,kita juga mempunyai rintangan penting pada 96.60 dimana ketinggian sebelumnya dicecah.Penarikkan balik daripada tahap semasa adalah sangat berkemungkinan,walaubagaimanapun kita akan memberikan fokus pada belian pada penarikan balik.Jangan jual dolar AS.

Garisan hijau - sokongan
Garisan merah - rintangan
Carta mingguan menunjukkan bagaimana harga sedang menguji kijun-sen rintangan indikator mingguan pada 96.50-96.60.Penembusan diatasnya akan membuka jalan ke arah rintangan garisan aliran merah.Kita menjangkakan kenaikkan flag akan ditembusi ketika minggu hadapan dan USDX akan bergerak ke arah ketinggian baru.
