logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 28 September, 2015

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 28 September, 2015

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 28 September, 2015

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

Pasangan mata wang EUR/JPY ini berdagang di sekitar tahap 134.00 selepas harga ditarik kembali daripada tahap 135.25/35 sebelum ini. Pasangan mata wang ini diramalkan akan kekal tinggi sehingga harga kekal didagangkan di atas tahap 133.00 (sokongan interim). Lantunan harga pada tahap 133.00 akan menolak pasangan mata wang untuk berdagang ke arah tahap 137.00 dan kemudiannya ke tahap 139.00. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal pada kedudukan lama dan menambah pesanan, dengan risiko ditetapkan di bawah 133.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 133.00 (interim), dan diikuti dengan tahap 132.00 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap 137.00 (interim), dan diikuti dengan tahap 138.00/139.00 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal pada kedudukan lama dan perhatikan peluang untuk menambah pesanan lagi, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 132.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan