
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/USD telah didagangkan dalam julat harga yang kecil di antara tahap 1.5130 dan 1.5200. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini telah berdagang sangat hampir dengan sokongan Fibonacci 0.618 (keseluruhan aliran menaik di antara tahap 1.4950 dan 1.5925) pada tahap 1.5085. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan untuk kekal membeli buat masa ini dengan risiko pada tahap 1.4950. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada 1.5080 (Fibonacci), dan diikuti oleh tahap 1.4850 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 1.5650, dan diikuti masing-masing oleh tahap 1.5850 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, stop loss pada tahap 1.4950, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
