logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

EUR/USD: Adalah lebih baik para pedagang 'positional' untuk menjauhkan diri daripada pasaran ini. Sebagaimana pasaran ini adalah sesuai untuk pedagang swing jangka pendek sahaja, kerana harga kini berayun dalam kawasan rintangan di sekitar tahap 1.1300 dan garis sokongan pada tahap 1.1100, kesemua dalam konteks aliran menurun. Kenaikan harga adalah diramalkan akan berlaku pada hari ini atau minggu hadapan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

USD/CHF: Di sebalik apa yang telah berlaku setakat minggu ini, seperti turun naik yang rendah dan pergerakan harga yang perlahan, pasangan mata wang USD/CHF ini kekal didagangkan dalam pasaran kenaikan harga. Dengan kesinambungan aliran menaik, harga diramal akan menguji tahap rintangan pada 0.9850, selepas menembusi tahap rintangan 0.9800 untuk aliran menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh dalam konteks aliran penurunan harga sejak hari Isnin, meskipun kecenderungan aliran penurunan harga dapat dilihat dengan jelas. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 kekal berada di bawah tahap 50. Harga berkemungkinan besar akan melanjutkan aliran menurun apabila terdapat penembusan harga daripada pengukuhan pasaran ini (dalam konteks aliran menurun).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini tidak membuat sebarang pergerakan harga yang kukuh pada minggu ini (dan kebanyakan pada September 2015). Pasaran harga bagi pasangan mata wang ini adalah mendatar; walau bagaimanapun terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa penembusan harga yang kuat akan berlaku pada hari ini atau minggu hadapan, yang mana ia akan membawa harga untuk berdagang di atas tahap bekalan 121.00 atau di bawah tahap permintaan 119.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

EUR/JPY: Walaupun pasangan mata wang EUR/JPY kini kelihatan tidak menentu, prospek pasaran adalah menurun. Minggu ini, zon permintaan yang terletak pada tahap 133.50 telah diuji dan ia boleh diuji sekali lagi. Sekiranya zon permintaan menembusi ke arah bawah, maka sasaran yang seterusnya akan terletak pada zon permintaan 133.00. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 02 Oktober, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan