logo

FX.co ★ Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang kini dilihat sedang menembusi kenaikan harga pada carta, yang membawa kepada kecenderungan kenaikan harga. Walau bagaimanapun, kecenderungan aliran menaik masih belum benar-benar selamat kerana garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1300 kini sedang mendoorng kepada kenaikkan yang lebih tinggi. Mengambil kira kedua-dua arah tindakan harga dan indikator dalam carta ini, pasaran kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk mencapai tahap penting ini.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

USD/CHF: Kelihatan terdapat pergerakan penurunan harga yang ketara pada hari ini, memberi laluan kepada prospek penurunan harga ybaru. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 (manakala harga di bawah kedua-dua EMA) dan Julat % Williams tempoh 20 kini berada di wilayah terlebih jual. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga dalam pasaran dan pergerakan penurunan harga yang selanjutnya boleh dilihat.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

GBP/USD: Pasaran kini sedang memulakan pergerakan menaik yang telah ditentukan pada hari ini walaupun pasaran tidak bergerak menaik dengan ketara. Kecenderungan jangka sederhana adalah menurun, dan ini terbatal hanya apabila harga naik di atas wilayah pengagihan pada tahap 1.5300. Sehingga itu berlaku, kedudukan membeli perlu dibuka dengan berhati-hati.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

USD/JPY: Oleh kerana perjuangan kini sedang berlangsung di antara aliran kenaikan harga dan penurunan harga, instrumen perdagangan mata wang ini telah menjadi agak tidak menentu ekoran tidak mempunyai aliran harga yang ketara. Minggu ini, harga diramalkan akan mencapai sama ada tahap bekalan pada 121.00 ke arah atas atau menembusi tahap permintaan pada 118.00 untuk aliran menurun. Keadaan ini mestilah disempurnakan sebelum ia boleh dikatakan bahawa fasa penyatuan di pasaran berakhir.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

EUR/JPY: Kini kelihatan terdapat isyarat 'membeli' di dalam carta. Harga, yang mana ia telah menguji tahap 135.50, diuji sekali lagi. Harga juga menembusi untuk tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada tindakan harga semasa, ia boleh menjadi permulaan kepada aliran kenaikan harga, yang dapat bertahan untuk sepanjang minggu ini.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Oktober, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan