Gambaran global bagi 09/10/2015:
Semalam keputusan kadar faedah BoE tidak memberikan kejutan kepada peserta pasaran sebagau MPC telah mebrikan undian 8-1 bagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada tahap 0.5%.Risiko pada kelembapan global berbanding daya tahan permintaan domestik dan perbelanjaan pengguna dipersalahkan bagi jangkaan inflasi mungkin tidak mampu untuk mencecah 1% sebelum musim bunga 2016.Walaupun pertumbuhan gaji semasa dan kenaikkan didalam pembuatan dan perkhidmatan UK,kos buruh setiap unit adalah tidak kuat bagi menolak jangkaan inflasi atas 2% sasaran BoE.
Respon pasangan GBP/USD adalah menaik dan pasaran baru-baru ini telah mencecah 50% tahap Fibo pada tahap 1.5380.Rintangan seterusnya dilihat pada tahap 1.5447 (61% Fibo) dan sokongan dilihat pada tahap 1.5261.

