Berdasarkan kepada carta harian, USDX kini dilihat sedang berdagang di atas SMA 200 tetapi penarikan semula harga semasa dijangka akan mendorong harga untuk terus jatuh ke arah zon sokongan pada tahap 94.36. Atas zon ini, lantunan semula harga yang kuat berpotensi untuk berlaku, yang mana ia akan membolehkan aliran menaik sekali lagi mendominasi aliran pasaran keseluruhan bagi indeks USDX. Indikator kini sedang memasuki wilayah negatif.

Indeks USDX sedang mengukuh di bawah zon rintangan 95.03 dan para pedagang harus diingatkan bahawa SMA 200 masih lagi berada di atas zon harga semasa. Tahap sokongan 94.61 perlu ditembusi dalam tempoh beberapa jam yang akan datang bagi membolehkan ia menguji tahap 94.15 pada asas dagangan jangka pendek. Indikator kekal pada wilayah positif.

Tahap Rintangan Carta Harian: 95.26 / 95.83
Tahap Sokongan Carta Harian: 94.36 / 93.16
Tahap Rintangan Carta 1H: 95.03 / 95.38
Tahap Sokongan Carta 1H: 94.61 / 94.15
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 94.61, take profit di tahap 94.15, dan stop loss pada tahap 95.08.
