
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Saham-saham AS meningkat pada hari Jumaat, yang diketuai oleh saham dalam barangan pengguna tahan lama dan pakaian, sektor perkhidmatan makanan minuman dan tembakau, serta barangan penjagaan kesihatan. Dow Jones Industrial Average menokok 0.4% kepada 17.215, S&P 500 meningkat 0.5% kepada 2.033, dan Nasdaq Komposit menambah 0.3% kepada 4.886. Dari segi data ekonomi, pengeluaran perindustrian Amerika Syarikat menurun sebanyak 0.2% pada bulan September (berbanding -0.4% pada bulan Ogos). Sementara itu, sentimen pengguna Universiti Michigan meningkat kepada 92.1 pada bulan Oktober (berbanding ramalan 89.5) daripada 87.2 pada bulan September, menjadikan mata wang dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain, termasuk euro dan yen. Pasangan mata wang ini juga kekal berdagang dalam aliran menaik, walaupun ia telah memasuki fasa pengukuhan selepas mencapai tahap tinggi 119.65 pada Jumaat lalu. Tinjauan urusniaga harian kekal positif sebagaimana MA urusniaga harian tempoh 20 kekal di atas MA tempoh 50, manakala indeks kekuatan urusniaga harian relatif (RSI) adalah di sekitar tahap neutral 50. Selagi tahap 118.90 kekal bertindak sebagai sokongan utama, pasangan mata wang ini dijangka akan menembusi semula sasaran menaik pertama pada tahap 119.65.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.65 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 119.90. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 118.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 118.25. Titik pangsi terletak pada tahap 118.90.
Tahap Rintangan:119.65 119.90 120.25
Tahap Sokongan: 118.60 118.25 117.75
