logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Oktober, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Oktober, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Oktober, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini kekal berdagang dalam aliran menaik di atas kenaikan MA urusniaga harian tempoh 20 dan 50. Pembentukan corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah kekal berlangsung, dan ia perlu mengesahkan gambaran positif. Selain itu, sokongan yang terletak pada tahap 0.9670 harus menghalang sebarang cubaan penurunan harga. Akhir sekali, RSI juga berlangsung dengan baik, memanggil lantunan semula harga yang baru. Kesimpulanya, selagi tahap 0.9670 ini tidak ditembusi, maka harga akan melanjutkkan aliran menaik menuju ke arah tahap 0.9740 dan 0.9775.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9740 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9775. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9645 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.96. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9670.

Tahap Rintangan: 0.9740 0.9775 0.9815

Tahap Sokongan: 0.9645 0.96 0.9550

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan