Gambaran Makro Global untuk 28/10/2015:
Data Australia yang telah dikeluarkan pada baru-baru ini telah membuktikan bahawa ekonomi Australia terus melemah. Terdapat beberapa khabar angin ekonomi global yang menyatakan bahawa RBA berkemungkinan akan mengurangkan kadar faedah pada awal bulan ini bertujuan untuk lebih merangsang ekonomi, walau bagaimanapun ia tidak berlaku. Namun, minit mesyuarat dasar minggu lalu telah mendedahkan beberapa gambaran mengenai pemikiran pengubal dasar. Bankers menyedari bahawa ekonomi adalah sedikit bertambah baik kerana nilai yang lebih rendah daripada dolar Australia, tetapi masalah utama mereka adalah kelembapan ekonomi di China. Ini mungkin menjadi penyebab mengapa mereka telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa terhadap kadar faedah bulan lalu dan mengambil tindakan untuk mengekalkanya pada tahap yang sama.
Dari sudut pandangan teknikal, dolar Australia terus menjunam lebih rendah pada hari Rabu, sebagaimana pasangan mata wang AUD/USD berdagang pada tahap 0.71 pada sesi dagangan London. Sokongan utama yang seterusnya dilihat terletak pada tahap 0.7084 dan rintangan pada tahap 0.7200.

