logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 29 Oktober, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 29 Oktober, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 29 Oktober, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga sebagaimana kecenderungan dagangan kekal positif. Pasangan mata wang ini dilihat telah melantun dengan ketara daripada tahap 184 dan membentuk corak kenaikan harga flag sekarang (masih belum disahkan). RSI urusniaga harian juga melantun semula daripada kawasan terlebih beli dan kini harga sedang berdagang disekitar tahap neutral 50. Asas sokongan telah terbentuk pada tahap 184, yang sepatutnya menghadkan potensi penurunan harga. Di atas tahap ini, pasangan mata wang berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menuju ke arah yang lebih tinggi dan mencabar bahagian sebelumnya pada tahap 185.30. Penembusan harga di atas tahap ini akan memanggil aliran harga lebih tinggi ke arah 185.65.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 185.30 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 185.65. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 183.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 183. Titik pangsi terletak pada tahap 184.

Tahap Rintangan: 185.30 185.65 186

Tahap Sokongan: 183.60 183 182.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan