logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Oktober, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Oktober, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Oktober, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi dengan kecenderungan aliran kekal menaik. Secara teknikalnya, pasangan mata wang ini kelihatan seolah-olah akan kehilangan momentum menaik, dan berkemungkinan akan menguji tahap mendatar pada 0.9850, yang berperanan sebagai tahap sokongan utama. RSI tidak mempunyai momentum menurun, manakala MA tempoh 20 dan 50 kini telah beralih mendatar dari arah harga positif. Selagi tahap harga 0.9850 ini tidak ditembusi, lantunan semula harga baru mungkin akan berlaku ke tahap 0.9960 dan juga ke tahap 1.0000.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9960 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.000. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9815 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9755. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9850.

Tahap Rintangan: 0.9960 1.000 1.0060

Tahap Sokongan: 0.9815 0.9755 0.9710

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan