logo

FX.co ★ Gambaran Makro Global untuk 03/11/2015

Gambaran Makro Global untuk 03/11/2015

Gambaran Makro Global untuk 03/11/2015:

Ia telah diumumkan pada hari ini bahawa Perubahan pengangguran Sepanyol telah mencatatkan bacaan sebanyak 82.3K, yang lebih tinggi daripada angka ramalan iaitu 70.3K dan lebih besar daripada rekod bulan terakhir iaitu pada 26.1K. Selain itu, data ekonomi PMI Pembuatan semalam mendedahkan bahawa ekonomi zon euro keempat terbesar adalah perlahan sebagaimana angka bagi PMI Markit mencatatkan sebanyak 51.3 sekaligus mencerminkan kenaikan yang paling lemah dalam pengeluaran untuk tempoh hampir dua tahun. Ini bermakna bahawa bagi bulan ketiga berturut-turut pengangguran Sepanyol semakin meningkat walaupun pada kadar pengangguran yang agak stabil, iaitu pada tahap 22%. Walau bagaimanapun, peningkatan pada jumlah rakyat yang menganggur di Sepanyol telah meningkatkan persoalan sama ada sedikit peningkatan pada baru-baru ini di dalam perkembangan ekonomi hanya bersifat lantunan semula sekali sahaja yang akan hilang tidak lama lagi.

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menembusi di bawah garis aliran jangka pendek selepas pengumuman berita dan harga kini diniagakan pada tahap 1.0997. Sokongan seterusnya dilihat pada Fibo 61% di tahap 1.0963.

Gambaran Makro Global untuk 03/11/2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan