
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan seolah-olah akan tertumpu ke arah sokongan Fibonacci 0.618 disekitar tahap $ 15.14/20 Seperti yang digambarkan di sini. Perak perlu mencari sokongan pada tahap tersebut dan menghasilkan pembalikan kenaikan harga tidak lama kemudian. Sila ambil perhatian bahawa perak masih mempunyai rintangan masa lalu yang mana ia kini telah bertukar menjadi tahap sokongan. Kenaikan harga pada tahap ini harus menunjukkan perubahan arah aliran harga yang berpotensi untuk perak. Adalah masih disyorkan untuk kekal membeli, dengan risiko terletak di sekitar tahap $ 14.40 buat masa sekarang. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 15.00, dan diikuti oleh tahap $ 14.40 dan lebih rendah, manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 16.50 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap $ 14.40, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
