
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan yang positif kerana pasangan mata wang ini dilihat masih meneruskan pemulihan harga. Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam aliran menaik, disokong oleh kenaikan MA tempoh 50. Tahap sokongan utama paling hampir yang terletak pada tahap 0.9915 harus mengukuh untuk sebarang percubaan penurunan harga. Selain itu, proses pembentukan corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah masih sedang berlangsung. Dalam prospek ini, selagi tahap harga 0.9915 ini masih belum ditembusi, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat menuju ke arah tahap 1.0000 (tahap psikologi utama) dan kemudian ke tahap 1.0030.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 185.30 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.0030. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9880 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9840. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9915.
Tahap Rintangan: 1.000 1.0030 1.0060
Tahap Sokongan: 0.9880 0.9840 0.98
