EUR/USD: Berdasarkan pada apa yang pasangan mata wang ini lakukan, ia tidak lagi rasional untuk mengambil pesanan membeli untuk pasaran ini. Walaupun kita memerhatikan pergerakan mendatar pada minggu ini, momentum dijangka kembali ke pasaran dan aliran penurunan harga ketara berpotensi untuk dilanjutkan.

USD/CHF: Bagi memastikan kekuatan pada mata wang dolar AS terus kekal, pasangan mata wang USD/CHF harus meneruskan pergerakkan menaik pada minggu ini. Pasangan mata wang ini berkemungkinan untuk mencapai rintangan yang terletak pada tahap 1.0100 dan 1.0150. Oleh itu, mana-mana penarikan semula harga akan dilihat sebagai peluang untuk pesanan membeli.

GBP/USD: Dalam konteks aliran menurun, pasangan mata wang GBP/USD hanya bergerak mendatar pada hari Selasa, bergerak di atas kawasan pengumpulan pada tahap 1.5100. Ia dilihat sebagai penyatuan dalam konteks aliran menurun, dan melainkan jika harga naik di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.5300 dan 1.5350, percubaan kenaikan harga mungkin diambil sebagai peluang jualan singkat.

USD/JPY: Setelah melonjak naik ke tahap 123.50, instrumen perdagangan mata wang ini tidak perlu lagi diperbetulkan lebih rendah, walaupun prospek di pasaran adalah cerah. Dalam menghadapi pergerakan kenaikan harga yang dijangka pada pasangan JPY bulan ini (ditambah pula dengan kekuatan pada mata wang USD), ia adalah logik untuk membuat kesimpulan bahawa instrumen perdagangan mata wang ini akan meneruskan pergerakkan menaik, bergerak di atas tahap bekalan 123.50 sekali lagi.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini diniagakan sedikit lebih rendah pada Selasa. Kecenderungan harga bagi pasangan mata wang ini adalah aliran menurun sehingga kini dan zon permintaan di sekitar tahap 131.50 hampir diuji sekali lagi (zon permintaan yang telah diuji minggu lepas); malah ia boleh ditembusi untuk aliran menurun.

