logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 November, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 November, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 12 November, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 0.6590. Pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh penurunan MA urusniaga harian tempoh 50 dan kekal didagangkan dalam aliran menurun. Sementara itu, RSI urusniaga harian tidak mempunyai momentum menaik. Sasaran penurunan harga yang pertama telah ditetapkan pada tahap 0.65. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan aliran menurun menuju ke arah sokongan mendatar dan kesinambungan pertindihan harga pada tahap 0.6475.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.65. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6475. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6590. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6625 dan sasaran kedua pada tahap 0.6645.

Tahap Rintangan: 0.6625 0.6645 0.6675

Tahap Sokongan: 0.6500 0.6475 0.6435

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan