
Pasangan mata wang USD/CHF kini berada di bawah tekanan. Penolakan harga bagi pasangan mata wang ini jelas dihadkan oleh yang penurunan MA Urusniaga harian tempoh 20- dan 50. RSI urusniaga harian masih melemah di bawah kawasan neutral 50. Tambahan pula, proses mencapai tahap harga tinggi yang lebih rendah kini sedang berlangsung, yang harus mengesahkan perubahan arah aliran menurun. Dalam kes ini, selagi tahap harga 1.0055 (bekas stop loss kita) bertindak sebagai tahap rintangan, maka perhatikan aliran penurunan baru ke tahap 0.9980. Penembusan harga di bawah tahap 0.9980 akan mencetuskan pecutan aliran menurun ke arah 0.9945.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9980. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9945. Titik pangsi kekal berada pada tahap 1.0050. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.0090 dan sasaran kedua pada tahap 1.0125.
Tahap Rintangan: 1.00890 1.0125 1.0140
Tahap Sokongan: 0.9980 0.9945 0.9915
