logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 13 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 13 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 13 November, 2014

Pasangan mata wang USD/JPY beralih ke arah bawah. Semalam, saham AS jatuh lebih 1% dilemahkan oleh saham dalam sektor tenaga, bahan-bahan serta sektor bioteknologi dan sains hayat farmaseutikal. Minyak mentah Nymex menurun 2.8% lagi kepada $ 41.75 setong. Dow Jones Industrial Average jatuh 1.4% kepada 17.448, S&P 500 kehilangan 1.4% kepada 2,045, manakala Nasdaq Komposit susut 1.2% kepada 5,005. Emas susut 0.1% kepada $ 1,084 auns, dan hasil Perbendaharaan 10 tahun penanda aras susut kepada 2,313% daripada 2,343% dalam sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, dolar AS melemah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain apabila para pelabur terus mencari petunjuk tentang kemungkinan kenaikan kadar Rizab Persekutuan pada bulan Disember. Indeks Dollar Wall Street Journal jatuh 0.3% kepada 89.99. Pasangan mata wang EUR/USD ini menokok 0.7% kepada 1,0817, manakala USD/JPY jatuh 0.2% kepada 122.59.Pasangan mata wang ini telah menembusi di bawah sokongan utama sebelumnya dan kekal berdagang di bawah tekanan. Pada masa ini, ia dihadkan oleh garis aliran menurun yang telah ditubuhkan pada 9 November. Harga kekal di bawah MA urusniaga harian tempoh 20, iaitu di bawah tempoh 50. Dan indeks urusniag harian kekuatan relatif (RSI) kekal di bawah paras neutral pada 50. Tinjauan urusniaga harian telah bertukar kepada aliran menurun. Sasaran penurunan pertama ditetapkan pada tahap 122.30; dan yang kedua, pada tahap 122 (asas harga telah dibentuk pada 6 November).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 122. Titik pangsi kekal berada pada tahap 123.05. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 123.40 dan sasaran kedua pada tahap 123.60.

Tahap Rintangan: 123.40 123.60 124

Tahap Sokongan: 122 121.60 122.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan