EUR/USD: Dalam soladiriti dengan gambaran penurunan harga yang masih ada, pasangan mata wang EUR/USD ini telah bergerak lebih rendah pada minggu ini. Pergerakan menurun kini telah melebih 60 pips. Garis sokongan pada tahap 1.0650 kini sedang ditembusi dan harga berkemungkinan akan berakhir dengan menembusi ke arah bawah. Garis rintangan dilihat terletak pada tahap 1.0700 dan 1.0750.

USD/CHF: Oleh kerana pasangan mata wang EUR/USD ini akan melanjutkan aliran harga ke tahap yang lebih rendah, maka pasangan mata wang USD/CHF kini dilihat sedang bergerak ke arah atas. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan di atas tahap sokongan 1.0100, bergerak ke arah tahap rintangan 1.0150, yang mana ia juga berkemungkinan akan menembusi ke arah atas.

GBP/USD: Setelah menguji wilayah pengumpulan di sekitar tahap 1.5050, harga secara beransur-ansur melantun ke aran atas sebanyak 200 pip mencapai wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5250. Selagi wilayah pengagihan pada tahap 1.5350 ini tidak ditembusi ke arah atas, maka kecenderungan penurunan harga baru-baru ini tidak akan terjejas. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk melanjutkan aliran menurun dengan ketara, walau bagaimanapun harga kini sedang mengukuh.

USD/JPY: Pada minggu ini, pasangan mata wang USD/JPY ini dilihat telah meningkat daripada tahap permintaan 122.50, hampir mencapai tahap bekalan pada 123.50. Ini berlaku dalam soladiriti dengan prospek kenaikkan harga yang masih ada di pasaran, dan didapati terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran, ia adalah rasional untuk beranggapan bahawa aliran kenaikan harga akan terus secara beransur-ansur.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah menembusi dengan jurang kecil pada minggu ini, dan harga kemudianya akan melantun ke arah atas pada hari Isnin sebelum penarikan semula penurunan harga semasa berlaku. Prospek dagangan bagi pasangan mata wang ini adalah menurun, walau bagaimanapun, sah. Kami menjangka pergerakan harga yang lebih cepat dan lebih kuat pada minggu ini berikutan jurang harga yang kecil, diperhatikan pada beberapa pasangan mata wang.

