logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 17 November, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 17 November, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 17 November, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Emas dilihat telah menembusi dari garis arah aliran rintangan serta-merta dan mencapai tahap rintangan $ 1,096.00 awal semalam. Emas telah ditarik semula ke tahap yang lebih rendah dan diuji pada tahap rintangan terdahulu, yang mana ia kini telah bertukar menjadi garis sokongan di sekitar tahap $ 1,078.00 sepertimana yang kita boleh lihat di sini. Corak pembalikan kenaikan harga telah mengesahkan bahawa emas akan meneruskan aliran menaik menuju ke arah tahap $ 1,110.00/13.00 dan $ 1,137.00. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal pada kedudukan membeli dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 1,072.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,074.00, manakala rintangan didapati berada pada tahap $ 1,100.00.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli pada kedudukan yang telah diambil semalam, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap $ 1,072.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan