

Gambaran keseluruhan:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap $ 1,077.22. Berdasarkan kepada carta harian, saya mendapati bahawa terdapat bar pin dan reaksi daripada penjual. Rintangan utama pertama kami (perubahan polariti - sokongan yang kuat kini telah bertindak sebagai tahap rintangan) pada harga $ 1,099.00 telah ditembusi dengan jayanya. Menurut kepada carta 4H, kami mendapati bahawa terdapat tindakan harga yang lemah dan volatiliti yang rendah. Tahap rintangan yang berpotensi buat emas didapati terletak pada harga $ 1,104.00, $ 1,118.00, $ 1,132.00 dan $ 1,145.00. Peluang jualan adalah lebih baik jika harga menembusi tahap $ 1,074.00 pada jumlah yang tinggi. Kawasan sasaran keuntungan yang berpotensi akan terletak di sekitar tahap $ 1,030.00
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1,093.00
R2: 1,097.45
R3: 1,103.90
Tahap Sokkongan:
S1: 1,080.55
S2: 1,076.50
S3: 1,070.10
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hari apabila ingin menjual Emas pada tahap harga ini, sebagaimana harga kini dilihat sedang menguji tahap sokongan. Perhatikan peluang menjual hanya sekiranya harga berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap harga $1,074.00.
