
Gambaran Keseluruhan:
Harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini didagangkan tidak stabil sebagaimana aliran harga kini telah bergerak ke arah bawah daripada tahap harga 1.5320 di dalam carta 4H. Selain itu, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini masih lagi bergerak di antara tahap 1.5180 dan 1.5320. Tambahan pula, rintangan telah ditetapkan pada harga 1.5320 dan sokongan pula diletakkan pada tahap 1.5180 (sokongan kecil). Selain itu, tahap 1.5180 kini mewakili titik pangsi mingguan. Titik pangsi mingguan (harga 1.5111 adalah bertepatan dengan nisbah 38.2% tahap penarikan semula Fibonacci). Akibatnya, pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan mula menunjukkan tanda-tanda pasaran penurunan harga pada tahap 1.5320 kerana pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga pada tahap 1.5300/1.5320, oleh yang demikian tahap harga ini akan bertindak sebagai rintangan yang kuat pada hari ini. Dalam erti kata lain, ia akan menjadi sesuatu yang menguntungkan untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga 1.5300/1.5320 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.5180 bagi membolehkan harga menutup di bawah titik pangsi mingguan. Ia akan memanggil kesinambusan aliran menurun ke arah tahap 1.5102 untuk membentuk tahap sokongan yang kuat di dalam carta 4H. Sementara itu, stop loss perlu diletakkan di atas tahap 1.5356.
