logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 November, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi sebagaimana kecenderungan dagangan kekal menaik. Pada Jumaat lalu, saham-saham AS ditutup lebih tinggi setelah dirangsang oleh saham penjagaan kesihatan, budi bicara pengguna, dan saham teknologi. Dow Jones Industrial Average meningkat 0.5% kepada 17.823, S&P 500 menokok 0.4% kepada 2089, dan Komposit Nasdaq mencatatkan sebanyak 0.6% kepada 5104. Minyak mentah Nymex susut 0.4% kepada $ 40.39 setong, dan emas jatuh 0.4% kepada ke $ 1077 per auns. Sementara itu, penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun berakhir pada 2.264%, meningkat daripada 2.246% pada sesi dagangan sebelumnya.

Dolar AS melonjak lebih tinggi dengan ketara berbanding dengan kebanyakan mata wang utama lain, dengan kenaikkan Indeks Dollar Wall Street Journal sebanyak 0.3% kepada 90.31 dan berlegar berhampiran tahap tinggi 13 tahun. Pasangan mata wang EUR/USD susut 0.8% kepada $ 1,0643 selepas Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi menegaskan bahawa bank pusat kini telah bersedia untuk menggunakan kesemua pilihan yang ada seawal mesyuarat 3 Disember untuk meningkatkan inflasi di rantau ini. Pasangan mata wang dilihat telah mengukuh selepas mencapai tahap tinggi 123 pada Jumaat lepas. Pasangan mata wang kini sedang mencari sokongan pada purata pergerakkan tempoh 50. Purata pergerakkan tempoh 20 kini kekal bergerak di atas tempoh 50. Selagi tahap harga 122.85 kekal mengukuh sebagai tahap sokongan utama, pengukuhan harga diramalkan terhad. Jika pasangan mata wang ini menembusi semula sasaran kenaikkan pertama yang terletak pada tahap 123.40, maka pasangan mata wang ini perlu meneruskan aliran menaik menuju ke arah tahap 123.60 (tahap tinggi 26 Oktober).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 123.40 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 123.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 122.70 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 122.55. Titik pangsi terletak pada tahap 122.85.

Tahap Rintangan: 123.40 123.60 124

Tahap Sokongan: 122.70 122.55 122

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan