Kita percaya bahawa harga emas merupakan penanda arah bagi aliran yang penting didalam jangka masa pendek dan panjang.Harga dijangkakan untuk melakukan lantunan yang kuat ke arah $1,120-30.Walaubagaimanapun,juga terdapat banyak peluang bahawa keseluruhan penurunan sudah berakhir atau pada peringkat terakhirnya.

Garisan merah - rintangan
Carta 4-jam diatas menunjukkan emas didagangkan bawah Ichimoku cloud mengesahkan bahawa aliran jangka masa pendek sedang menurun.Kenaikkan setakat ini mencuba untuk menembusi atas cloud dua kali dan telah ditolak.Kita boleh melihat tahap rendah yang baru.Kita masih lagi berada pada peringkat terakhir bagi penurunan daripada $1,190 dan kita samada akan melantun sekarang atau kita akan melihat $1,050-40 dahulu dan kemudian melantun selepas penolakkan ketiga.Tidak kira apa yang berlaku.lantunan akan melebihi tahap $1,100.

Garisan merah - baji kenaikkan
Carta mingguan diatas menunjukkan bahawa harga sedang diadgangkan didalam baji kenaikkan.Stokastik berada pada tahap lebihan jualan sebelum menaik.Kali ini ianya mungkin berbeza dan lantunan mungkin dapat dilihat permulaan pada pergerakkan naik yang baru didalam harga emas.Walaubagaimanapun,penembusan atas Ichimoku cloud mingguan akan mengesahkan perubahan aliran.
