EUR/USD: Berdasarkan kepada tingkah laku harga di pasaran, ia adalah tidak rasional buat masa sekarang untuk mengambil pesanan membeli pada pasangan mata wang ini, walaupun pasaran kelihatan terlebih jual. Garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0550 adalah sasaran seterusnya untuk aliran menurun, sekiranya harga bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi. Berikutan cuti umum di Amerika Syarikat, kami mendapati bahawa tiada pergerakan harga yang ketara pada hari ini.
USD/CHF: Selepas menguji tahap rintangan pada 1.0200, pasangan mata wang ini telah berjaya untuk kekal berdagang di atasnya. Kecenderungan kenaikan harga masih kekal sah dan ia akan bertahan seberapa lama yang mungkin selagi harga di dagangkan di atas tahap sokongan 1.0150. Hanya tekanan jualan yang sangat kuat diperlukan untuk membawa harga berdagang di bawah tahap sokongan, sesuatu yang pada masa ini tidak wujud dalam pasaran.
GBP/USD: Pada minggu ini, pasangan mata wang GBP/USD telah merosot sebanyak 120 pip setakat ini, hampir menguji kawasan pengumpulan pada tahap 1.5050. Oleh kerana tekanan jualan di dalam pasaran masih wujud, terdapat kebarangkalian bahawa kawasan pengumpulan ini akan ditembusi untuk aliran menurun, tanpa mengambil kira lantunan sedikit menaik di dalam pasaran.
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini telah menyatakan isyarat "menjual", Kini didapati terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta sebagaimana harga bergerak di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 bergerak di bawah tahap harga 50. Tahap permintaan 122.00 berkemungkinan akan diuji dengan mudah.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY didagangkan dalam aliran menurun di bawah zon permintaan pada tahap 130.00 sebelum harg melonjak naik sekali lagi. Harga kini sedang didagangkan di bawah zon bekalan pada tahap 130.50, manakala kecenderungan keseluruhan kekal melemah. Sekiranya aliran penurunan harga ini berterusan, zon permintaan yang terletak pada tahap 130.00 berpotensi untuk diuji sekali lagi. Ia juga boleh ditembusi untuk aliran menurun.