logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 02 Disember, 2015

Analisis Teknikal USDX untuk 02 Disember, 2015

Indeks dolar AS telah menembusi baji yang semakin meningkat, dan kita dapat melihat pembetulan harga kini sedang bermula. Saya telah memberikan amaran kepada para pedagang agar lebih berhati-hati dengan aliran menaik dan menaikkan kedudukan Stop Loss mereka. Berikutan pengumuman laporan NFP yang telah dikeluarkan pada hari Jumaat dan sidang akhbar ECB yang dijadualkan akan berlangsung esok, Indeks dolar diramalkan akan menjadi sangat tidak menentu.

Analisis Teknikal USDX untuk 02 Disember, 2015

Garis biru - saluran kenaikan harga

Garis merah - perbezaan penurunan harga

Berdasarkan kepada carta 4-jam di atas, kita dapat melihat bahawa indeks dolar AS telah menembusi saluran kenaikan harga. Walau bagaimanapun, harga masih mengukuh di atas Ichimoku Cloud. Rintangan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 100.17, manakala indeks kini sedang diniagakan pada tahap 99.85. Sokongan ditemui terletak masing-masing pada tahap 99.60 dan 99.45.

Analisis Teknikal USDX untuk 02 Disember, 2015

Berdasarkan kepada carta mingguan di atas, kami mendapati bahawa indeks dolar telah menembusi ke tahap tinggi sebelum ini dan menunjukkan tanda-tanda penolakan dan pembalikan harga. Stokastik mingguan kini terlebih jual, walau bagaimanapun ia masih lagi belum menjana isyarat menjual. Ia hanya memberikan amaran bahawa terdapat peningkatan peluang untuk perubahan arah aliran harga. Sokongan mingguan ditemui terletak pada tahap 99 dan di bawah tahap harga ini kita akan menemui sokongan pada tahap 98.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan