logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 03 Disember, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 03 Disember, 2015

Emas mencapai tahap harga rendah yang lebih rendah baru semalam selepas harga menembusi sokongan jangka pendek pada tahap $ 1,060-65. Selain itu, emas juga telah mencapai tahap harga lebih rendah akhir kami pada kawasan sasaran menyentuh tahap harga $ 1,046. Saya masih menjangkakan lantunan harga yang ketara ke arah tahap $ 1,120-30 dan saya percaya ini bukanlah masa yang sesuai untuk menjual emas. Sekarang adalah masa untuk mencari peluang mengambil pesanan membeli.

Analisis Teknikal Emas untuk 03 Disember, 2015

Garis biru - perbezaan menaik

Harga emas kekal didagangkan di bawah Ichimoku cloud sekaligus mengesahkan aliran harga jangka pendek kekal menurun. Meskipun harga telah mencecah tahap harga rendah yang lebih rendah, stokastik 4 jam tidak mengikuti senario ini. Terdapat perbezaan kenaikan harga. Ini bukanlah masa yang tepat untuk mengambil pesanan menjual emas.

Analisis Teknikal Emas untuk 03 Disember, 2015

Garis merah - baji menurun

Garis biru - unjuran

Harga emas kini sedang berdagang pada sempadan baji yang lebih rendah. Stokastik mingguan kini terlebih jual. Emas berpotensi untuk jatuh lebih rendah ke arah tahap $ 1,020-30, tetapi secara keseluruhan sekarang adalah masa yang baik untuk mencari peluang untuk membuka kedudukan membeli kerana saya menjangkakan harga emas akan membuat lantunan harga yang kuat sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,120-30.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan