logo

FX.co ★ Analisis Teknikal AUD/NZD untuk 07 Disember, 2015

Analisis Teknikal AUD/NZD untuk 07 Disember, 2015

Selepas membentuk tahap tinggi berhampiran 1.1085 pada 24 November, 2015, pasangan mata wang AUD/NZD kini dilihat telah mula bergerak ke tahap yang lebih rendah dan menembusi tahap rendah baru yang lebih rendah. Sementara itu, pasangan mata wang ini juga telah berjaya menembusi di bawah kedua-dua saluran menaik dan saluran menurun sekaligus mencadangkan pembentukan aliran penurunan harga untuk dagangan jangka pendek dan jangka sederhana.

Harga telah ditutup di bawah sasaran penurunan Fibonacci, yang mana ia adalah dasar penembusan saluran menaik. Fibonacci yang digunakan untuk penembusan saluran menurun menunjukkan bahawa sasaran penurunan gagal untuk dicapai, manakala rintangan 61.8% telah ditolak pada hari ini.

Pertimbangkan cadangan kami untuk menjual pasangan mata wang AUD/NZD berhampiran pada tahap R1 (1.0950) yang mensasarkan ke tahap S3 (1.0800), bahagian sokongan. Stop loss perlu diletakkan di atas tahap R2 (1.0990). Hanya pentuupan harian di atas R2 boleh menukar arah aliran harga dan menolak pasangan mata wang ini untuk berdagang lebih tinggi dalam dagangan jangka masa panjang.

Sokongan: 1.0890, 1.0855, 1.0795

Rintangan: 1.0950, 1.0990, 1.1050

Analisis Teknikal AUD/NZD untuk 07 Disember, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan