EUR/USD: Since testing the resistance line at 1.0950, the EUR/USD pair has gone down by 150 pips. For the recent bullish breakout not to be a false one, the price needs to continue journeying upwards. Otherwise, the price is likely to go further downwards, which might eventually threaten the bullish stance.

USD/CHF: Sejak harga menguji garis rintangan pada tahap 1.0950, pasangan mata wang USD/CHF telah jatuh sebanyak 100 pips. Untuk memastikan penembusan penurunan harga baru-baru ini tidak palsu, harga perlu terus didagangkan dalam aliran menurun. Jika tidak, harga berkemungkinan besar akan melonjak jauh lebih tinggi, yang akhirnya mungkin mengancam prospek penurunan harga.

GBP/USD: Pasaran ini telah didagangkan dalam aliran menurun sebanyak 100 pips sejak Jumaat lalu. Walaupun percubaan kenaikan harga dapat diperhatikan pada hari Khamis, namum ia tidak cukup kuat untuk menjadikan penurunan harga semasa tidak sah, kerana prospek bagi pasangan mata wang GBPUSD adalah menurun. Terdapat kemungkinan bahawa isyarat penurunan harga di dalam pasaran akan dikekalkan.

USD/JPY: Meskipun terdapat pergerakan harga yang kuat pada pasangan mata wang utama minggu lalu, instrumen perdagangan mata wang ini hanya berdagang dalam aliran mendatar. Terdapat kebarangkalian untuk harga melonjak naik dalam dagangan jangka pendek dan penurunan harga dalam pasaran, yang menjadikan keadaan pasaran begitu baik untuk scalpers dan pedagang urusniaga harian. Kecenderungan harga bagi pasangan mata wang ini adalah neutral dan ia boleh berterusan sedemikian sehingga terdapat pergerakan harga sekurang-kurangnya 200 pip sama ada ke arah atas atau menurun.

EUR/JPY: Pasaran ini sedang mengukuh, tetapi kita mungkin akan menyaksikan pergerakan menaik di dalam pasaran, kerana prospek pada pasangan mata wang JPY adalah positif untuk bulan Disember. Terdapat Corak Pengesahan kenaikan harga di pasaran. Harga masih berpotensi untuk pergi lebih jauh ke arah atas walaupun pengukuhan harga dan penarikan semula harga berlaku sekali sekala.

