
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana rintangan utama dilihat terletak pada tahap 1.0035. Pasangan mata wang ini masih didagangkan di bawah tekanan di bawah rintangan utama pada tahap 1.0035, yang mana ia telah diuji sebanyak beberapa kali, dan juga mendorong kenaikkan harga untuk bergerak lebih tinggi. Silang penurunan harga di antara purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 dan 50 telah dikenal pasti (isyarat negatif yang kuat). Selain itu, Indeks kekuatan relatif berlaku di bawah kawasan neutral 50. Oleh itu, selagi rintangan pada tahap 1.0035 ini masih belum ditembusi, maka risiko untuk penembusan harga di bawah tahap 0.9945 akan kekal tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9945. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9870. Titik pangsi kekal berada pada tahap 1.0035. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.0150 dan sasaran kedua pada tahap 1.0175.
Tahap Rintangan: 1.0115 1.0175 1.0245
Tahap Sokongan: 0.9945 0.9870 0.9810
