logo

FX.co ★ Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan bagi GBP/USD untuk 08 Disember 2015

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan bagi GBP/USD untuk 08 Disember 2015

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan bagi GBP/USD untuk 08 Disember 2015

Beberapa bulan yang lalu,pasaran telah menolak harga di atas zon mingguan utama di sekitar tahap 1.5550 didalam cubaan untuk menembusi kawasan pada tahap 1.5900, yang telah pun menyediakan pasangan mata wang GBP/USD dengan rintangan yang ketara.

Baru-baru ini,graf mingguan hadir sebagai penyelubungan penurunan,ditutup bawha tahap 1.5220 (neckline pada corak Head and Shoulder).

Ianya menyokong arah penurunan pada pasaran didalam jangka masa panjang.

Sasaran penurunan jangka masa panjang diunjurkan ke arah tahap 1.4800 bagi corak pembalikkan harga.

Tahap permintaan sebelumnya pada 1.5200 (asal pada corak graf penyelubungan kenaikkan mingguan sebelumnya) telah ditembusi ke arah bawah tiga minggu lalu.Kecenderungan penurunan ini telah disahkan oleh Shooting Star dan graf penyelubungan penurunan mingguan pada minggu sebelumnya.

Oleh itu, penurunan harga segera ke arah tahap permintaan pada 1.4950 telah dijangkakan akibat daripada penembusan penurunan di bawah tahap 1.5200.

Adalah diingatkan bahawa penutupan mingguan lain di bawah tahap 1.4950 membuka jalan ke arah tahap 1.4800 (sasaran penurunan jangka masa panjang).

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan bagi GBP/USD untuk 08 Disember 2015

Tahap permintaan terkenal pada tahap 1.5350 dan 1.5200 telah berjaya ditembusi beberapa minggu yang lalu. Tahap harga kini merupakan tahap bekalan yang ketara untuk diperhatikan bagi kemasukan pesanan menjual baru.

Baru-baru ini, tahap utama 1.5200 telah ditembusi buat sementara ke arah tahap tinggi sebelum graflilin penyelubungan penurunan harga harian di sekitar tahap 1.5330 dinyatakan pada 20 November.

Penurunan harga bertahan di bawah tahap 1.5200 dan kemudianya pada tahap 1.5050 (dasar mingguan sebelumnya) telah mendorong aliran penurunan harga untuk bergerak lebih rendah seterusnya menurun ke arah tahap permintaan mingguan pada 1.4950 (yang mana ia juga adalah bersamaan dengan had lebih rendah saluran yang digambarkan).

Graflilin penyelubungan kenaikkan harga harian telah dinyatakan di sekitar 1.4950 pada hari Khamis.

Itulah sebabnya, penarikan semula kenaikan harga ke arah tahap 1.5200-1.5230 harus dijangka selagi aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD terus bergerak di atas tahap 1.4950.

Cadangan perdagangan:

Bagi pedagang konservatif, kemasukkan belian yang sah berkemungkinan disediakan sekitar zon permintaan mingguan pada 1.4950-1.4930.

S/L perlu diletakkan bawah 1.4900 .Tahap T/P yang awal perlu diletakkan pada tahap 1.5170 dan 1.5300.

Sebaliknya,pedagang berisiko boleh menjual pasangan GBP/USD sekiranya penurunan harga menutup di bawah tahap 1.4950 pada hari ini. S/L perlu diletakkan di atas tahap 1.5010.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan