EUR/USD: Selepas bergerak naik ke arah atas sebanyak 200 pips, pasangan mata wang EUR/USD tidak perlu lagi diperbetulkan ke arah bawah. Walau bagaimanapun, ia perlu diambil perhatian bahawa pembetulan harga hanya kerana ia adalah pembetulan penurunan harga semata-mata dalam konteks aliran menaik. Apa yang berlaku pada minggu ini menunjukkan bahawa penembusan kenaikkan harga telah dilihat pada minggu lalu bukan peenmbusan palsu.

USD/CHF: Selepas menembusi sokongan yang terletak pada tahap 0.9850, pasangan mata wang ini telah melantun ke arah atas. Walau bagaimanapun, lantunan kenaikkan harga kini menjadi tidak penting berbanding dengan kecenderungan aliran menurun dominan yang terdapat pada pasangan mata wang ini. Sasaran penurunan harga yang berpotensi dilihat terletak pada tahap sokongan 0.9800 dan 0.9750, yang berkemungkinan akan ditembusi ke arah bawah.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini menghasilkan isyarat kenaikan harga. Harga kini sedang didagangkan atas EMA 11, yang mana kemudianya akan berada di atas tempoh EMA 56. RSI 14 kini berada di atas tahap 50. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan mencecah wilayah pengagihan pada tahap 1.5250 dan 1.5300; membuktikan bahawa tekanan belian di pasaran adalah sengit.

USD/JPY: Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang jelas pada carta USD/JPY, yang menunjukkan bahawa perdagangan membeli adalah tidak lagi rasional untuk pasaran pasangan mata wang ini sekarang. Selepas jatuh sebanyak 200 pips pada minggu ini, pasaran telah menjadi tidak menentu. Pergerakan harga ke tahap yang lebih tinggi adalah dijangkakan berikutan kelemahan yang berterusan kini sedang berlaku di dalam pasaran.

EUR/JPY: Selepas pasangan mata wang EUR/JPY ini didagangkan secara mendatar untuk tempoh beberapa hari, aliran penurunan harga telah mendorong harga untuk berdagang lebih rendah. Harga kini di dagangkan di bawah zon bekalan pada tahap 133.00, dengan kebarangkalian untuk harga jatuh lebih dalam.

