Gambaran Makro Global untuk 15/12/2015:
Laporan ekonomi mengenai inflasi UK telah dikeluarkan pada pagi ini dan ternyata ia telah mengecewakan kebanyakan peserta pasaran. Indeks harga pengguna meningkat lebih tinggi ke tahap 0.1% berbanding 0.0% sebulan yang lalu, walau bagaimanapun komponen-komponen indeks pengguna keseluruhanya adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Input PPI turun kepada -1.6% berbanding -1.0% bulan lalu, dan output IHPR mencatatkan pada -0.2% berbanding 0.0% sebulan yang lalu. Inflasi kemudianya dilihat kekal pada paras yang lebih rendah dan tahap sasaran BoE 2% seolah-olah kini menjadi semakin jauh.
Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang berusaha pada julat harga yang kecil menjelang pengumuman laporan pasaran utama dari Amerika Syarikat pada Rabu. Tahap sokongan dilihat terletak pada tahap 1.5107 dan rintangan dilihat pada tahap 1.5198.

