logo

FX.co ★ QE3 dijangkakan,apakah seterusnya? Vol.2

QE3 dijangkakan,apakah seterusnya? Vol.2

QE3 dijangkakan,apakah seterusnya? Vol.2

Timur Tengah


Ketegangan di negara Timur Tengah akan terus menggugat pasaran minyak selagi pemberontakan anti-Amerika masih berkuat kuasa dan konfrontasi antara Israel dan Iran masih hebat.

Harga minyak jatuh 2.4% daripada hari Isnin minggu lepas kepada $ 96.62 se tong berdasarkan spekulasi yang tidak memerlukan USA untuk menggunakan simpanan minyak strategiknya.

Walau bagaimanapun, minggu lepas harga minyak mencapai lebih daripada $ 100 setong akibat demonstrasi ganas apabila duta AS telah dibunuh di Livia dan tiga warga Amerika yang lain terbunuh di Benghazi. Kedutaan-kedutaan AS di Mesir dan Yaman telah dikepung semasa demonstrasi menentang video Islam di YouTube. Pada hari Isnin, terdapat pertempuran sengit di Indonesia dan Afghanistan.

Sepanyol

Persoalan sama ada Sepanyol perlu memohon secara rasmi untuk menyelamatkannya masih tidak dapat diselesaikan walaupun selepas 2 hari mesyuarat tidak rasmi kementerian kewangan EU di Cyprus yang berlangsung pada minggu lepas.

Mariano Rajoy, Perdana menteri Sepanyol masih belum membuat sebarang keputusan jika negara harus menerima bantuan kewangan dan mematuhi langkah-langkah penjimatan.

Pada masa yang sama, ECB bersedia untuk membeli bon di pasaran sekunder, tetapi ia hanya akan berbuat demikian sekiranya negara meminta bantuan secara rasmi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan