_source!.png)
AUD/USD Gelombang Elliott
Untuk beberapa hari yang lepas pasangan AUS/USD didagangkan dalam pergerakkkan ke bawah, membentuk gelombang impulsif (3)(warna biru) dari gelombang besar (3) (warna hijau).Pada Jumaat ketika sesi Asia kita dapat perhatikan pergerakkan ke atas ke arah tahap 1.0473 dan kita boleh mengambil kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang (2)(warna biru).oleh itu,ketika sesi Eropah dan New York pasangan AUS/USD ini tidak mampu untuk bertahan pada tahap ini dan harga mula untuk menolak lebih rendah menghampiri tahap rendah harian pada 1.0365.Hari ini ketika sesi awal dagangan Asia matawang ini meneruskan dagangan dalam mod menurun meghampiri tahap 1.0325 dan kita boleh mengambil pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang impulsif (1)(warna unggu) dari gelombang besar 3 (warna biru).Menurut peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang 3 akan berganjak 161.8% dari gelombang 1,kita boleh tentukan sasaran berpotensi dengan Fibonacci Extension (1.0473-1.0325-1.0400),dengan Take Profit pada 1.0185 (161.8% dari gelombang 1).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada tahap 1.0474 sebagai Stop Loss.Juga ianya adalah perlu untuk memantau AS ISM Pembuatan PMI dan Pengerusi Persekutuan Bernanke berucap data yang boleh mengubah kadar pasangan.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0298 (S2) 1.0339 (S1) 1.0365 (PP) 1.0406 (R1) 1.0447 (R2) 1.0473 (R3) 1.0514
Ramalan Perdagangan
Diteruskan dengan peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran dijangkakan mula untuk bergerak ke bawah.Inilah sebab mengapa posisi jual pada tahap 1.0400 dengan Stop Loss 1.0474 dengan Take Profit pada 1.0185 dicadangkan.
