logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 5 Februari, 2016

Analisis Teknikal USDX untuk 5 Februari, 2016

Indeks dolar AS telah mencapai tahap rendah yang lebih rendah baru, seperti yang kita harapkan, menembusi tahap sokongan mingguan utama. Para pedagang perlu lebih berhati-hati terhadap aliran menurun hari ini kerana terdapat kemungkinan pembalikan harga sebagaimana kami menjangkakan pengumuman NFP akan dibuat pada hari ini.

Analisis Teknikal USDX untuk 5 Februari, 2016

Arah aliran harga masih menurun. Harga kini sedang membuat pengukuhan harga mendatar, dan saya tidak akan terkejut melihat penembusan harga pada tahap rendah baru sebelum pengumuman NFP hari ini. Rintangan dilihat terletak pada tahap 96.86 dan sokongan pada tahap 96.25.Lantunan harga yang lebih besar ke arah tahap 97.90-98.10 adalah berpotensi untuk berlaku pada hari ini selepas NFP.

Analisis Teknikal USDX untuk 5 Februari, 2016

Seperti yang dapat diperhatikan pada carta mingguan di atas, harga telah mencapai mingguan Kijun-sen (indikator garis kuning) dan Ichimoku cloud. Ini adalah merupakan tahap sokongan utama, oleh yang demikian saya lebih gemar untuk mengambil sedikit keuntungan semasa penurunan harga. Arah aliran harga bagi dagangan jangka panjang kekal mendatar.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan