Gambaran makro global bagi 15/02/2016:
Angka keluaran dalam negara kasar telah pun dikeluarkan oleh Jepun semalaman.Ianya adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan.Ramalan seharusnya berada disekitar -0.35 s/s,tetapi indikator menurun sebanyak 0.4% s/s.Bacaan ini adalah lebih rendah daripada angka KDNK yang sebelumnya (0.3%) walaupun lebih daripada tiga tahun program Abenomi mensasarkan untuk memperbaiki ekonomi ketiga terbesar dunia itu.Punca utama bagi penguncupan ini adalah pengurangan didalam perbelanjaan pengguna,permintaan domestik yang lemah dan jualan eksport yang lemah kepada permulaan pasaran.Ianya kelihatan seperti program rangsangan Abe telah gagal untuk menggalakkan isi rumah untuk berbelanja dan keputusan kadar faedah terbaru BoJ negatif adalah hampir terdesak bagi merangsang ekonomi sebagai pasaran kewangan yang tidak menentu mengancam usaha untuk mengatasi deflasi.
Mari kita lihat pada gambaran teknikal bagi pasangan USD/JPY selepas data dikeluarkan.Harga sedang mencuba untuk melantun daripada tahap sokongan pada 110.98 didalam carta harian dan mungkin mengjala terus ke arah tahap 115.95.Selagi tahap ini tidak ditembusi dengan graf harian ditutup atas 116.00,aliran penurunan harian masih lagi berlangsung.Penurunan akan kekal terkawal sehingga tahap ini ditembusi ditengah-tengah pembalikkan kenaikkan sementara.

