logo

FX.co ★ USD/CAD Analisis Gelombang untuk 8 Oktober 2012

USD/CAD Analisis Gelombang untuk 8 Oktober 2012

USD/CAD Analisis Gelombang untuk 8 Oktober 2012

USD/CAD Gelombang Elliott



Untuk beberapa hari yang lepas pasangan USD/CAD didagangkan dalam pergerakkan ke bawah,membentuk gelombang impulsif (1) (warna oren) dari gelombang besar (5)(warna unggu).Ketika sesi Eropah pada Jumaat kita dapat perhatikan kekuatan pergerakkan menurun dari tahap 0.9810 ke arah tahap 0.9734 dan kita boleh katakan pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang impulsif (5)(warna hijau) dari gelombang besar (1)(warna oren).Oleh itu,ketika sesi New York pasangan USD/CAD ini mula menolak harga lebih tinggi apabila pembentukkan gelombang pembetulan (2)(warna oren) bermula.Pasangan utama ini didagangkan sekitar tahap 0.9890 pada ketika ini dan kita menjangkakan untuk melihat harga sekitar 0.9827 tidak lama lagi.Menurut kepada peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang C perlu berganjak 100% dari gelombang A, kita boleh tentukan sasaran berpotensi dengan mengukur gelombang A, dengan Take Profit pada 0.9839 (100% dari gelombang A).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada tahap 0.9771 sebagai Stop Loss.Juga anda perlu tahu bahawa A.S. dan Bank Kanada mempunyai cuti hari ini maka kita tidak mengharapkan untuk melihat turun naik yang banyak hari ini.

Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.9666 (S2) 0.9701 (S1) 0.9743 (PP) 0.9778 (R1) 0.9820 (R2) 0.9855 (R3) 0.9897
Ramalan Perdagangan
Diteruskan dengan peraturan Gelombang Elliott hari ini, aliran dijangkakan mula untuk bergerak ke atas.Inilah sebab mengapa posisi beli pada tahap 0.9795 dengan Stop Loss 0.9771 dan Take Profit pada 0.9839 dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan