logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

EUR/USD: Pasangan mata wang ini menurun sebanyak 200 pip pada minggu lalu. Ia telah mencatatkan penurunan harga buat pertama kali pada Isnin, dan harga kemudian diniagakan mendatar sehingga Jumaat, dan harga kemudianya melanjutkan penurunan pada Jumaat (26 Februari 2016). Ini adalah kerana kelemahan pada mata wang EUR, yang telah menyebabkan Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 pada carta 4 jam; yang menandakan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk didagangkan jauh lebih rendah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini hanya didagangkan dalam aliran mendatar minggu lalu, mempamerkan ayunan jangka pendek di antara tahap sokongan 0.9850 dan tahap rintangan 1.0000. Penembusan harga diramalkan akan berlaku di atas tahap rintangan atau di bawah tahap sokongan minggu ini, walaupun penembusan harga di bawah tahap sokongan adalah lebih berpotensi, kerana rintangan yang terletak pada tahap 1.0000 adalah merupakan halangan terbesar dan pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan akan membuat beberapa cubaan menaik pada minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD jatuh sebanyak hampir 440 pip pada minggu lalu, hampir mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 1.3850. Ini telah mengukuhkan prospek penurunan harga yang sedia ada di dalam pasaran, dan pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan akan melanjutkan aliran menurun minggu ini dan minggu berikutnya. Secara umumnya, pasangan mata wang GBP ini adalah menurun (seperti yang diramalkan sebelum ini) dan ia akan kekal berdagang di bawah tekanan jualan sehingga akhir Mac 2016.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini berdagang dalam aliran menurun mulai hari Isnin hingga Rabu, apabila pergerakan penurunan harga yang selanjutnya ditolak dan harga melonjak naik sekurang-kurangnya 250 pips. Ia telah menghasilkan isyarat tawaran "membeli" di pasaran. EMA 11 hampir melintasi EMA 56 untuk pergerakkan menaik dan RSI tempoh 14 berada di atas tahap 50. Instrumen perdagangan mata wang ini berkemungkinan akan berdagang jauh lebih tinggi pada minggu ini dan minggu-minggu yang berikutnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini berdagang dalam aliran menurun hampir 300 pips pada minggu lalu, mencapai zon permintaan yang terletak pada tahap 122.50 Rabu lalu (24 Februari 2016). Pasangan mata wang ini telah diperbetulkan ke arah arah atas - melebihi 200 pips. Pembetulan harga jenis ini juga boleh dilihat pada pasangan mata wang JPY yang lain, yang akan membuat usaha menaik pada Mac 2016.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Februari, 2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan