logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Mac, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Mac, 2016

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang NZD/USD didagangkan dalam saluran mendatar yang sempit, dan pasaran dilihat telah menunjukkan isyarat ketidakstabilan. Di tengah-tengah peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.6646 dan 0.6567. Berdasarakan kepada carta 1H, rintangan dan sokongan masing-masing dilihat terletak pada tahap 0.6646 dan 0.6567. Selain itu, 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.6661. Oleh itu, ia adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati ketika membuat pesanan pada zon ini. Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga saluran mendatar selesai.
  • Harga semasa dilihat terletak pada tahap 0.6616, yang mewakili tahap utama, kerana tahap 0.6616 akan bertindak sebagai rintangan pertama pada hari ini. Oleh itu, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap 0.6616, maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan 0.6616. Hasilnya, kemasukan tawaran menjual adalah disyorkan di bawah tahap 0.6616 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.6567. Sekiranya aliran harga berjaya menembusi tahap sokongan 0.6567, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak ke arah bawah dan kemudianya meneruskan kesinambungan aliran menurun menuju ke tahap 0.6544 untuk membentuk 'double bottom' baru dalam tempoh masa yang sama.
Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Mac, 2016
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan