
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Perak telah melonjak lebih tinggi sehingga ke tahap $ 15.36 selepas melantun dari tahap $ 14.60 lebih awal. Perak dilihat begitu hampir untuk mencapai sokongan Fibonacci 0.618 yang terletak pada tahap $ 14.50/56, seperti yang dapat diperhatikan di sini. Perak juga kekal dalam zon belian pada garis aliran sokongan. Aliran menaik berkemungkinan akan berusaha untuk menembusi tahap rintangan $ 15.60, sekiranya harga berjaya melepasi garis aliran rintangan, yang sedang diuji buat masa sekarang. Kegagalan harga untuk berbuat sedemikian akan menyebabkan aliran penurunan harga mendominasi semula pasaran dan harga akan jatuh lebih rendah di bawah tahap $ 14.60, pada sesi dagangan yang seterusnya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan tindak balas penurunan harga di sini, untuk mangambil pesanan menjual, dengan risiko di atas tahap $ 15.60. Rintangan paling hampir berada pada tahap $ 15.60 dan sokongan dilihat terletak pada tahap $ 14.80.
Cadangan Perdagangan:
Memulakan kedudukan menjual pada lantunan penurunan harga sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $15.75, dan sasaran di bawah $ 14.60.
Semoga berjaya!
