logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 04 Mac, 2016

Analisis Teknikal USDX untuk 04 Mac, 2016

Indeks Dollar telah diditerbalikkan seperti yang diharapkan dan itulah sebabnya saya telah memberi amaran terhadap aliran menaik semalam. Harga dilihat telah menembusi saluran jangka pendek menaik dan telah memulakan pergerakan menurun baru.

Analisis Teknikal USDX untuk 04 Mac, 2016

Garis biru - saluran kenaikan harga

Indeks Dollar telah diterbalikkan daripada tahap 98.50 dan telah menembusi saluran biru condong menaik. Harga kini sedang menguji sokongan Ichimoku cloud walau bagaimanapun saya percaya bahawa harga akan mendorong ke tahap yang lebih rendah lagi pada akhirnya. Sokongan jangka pendek terletak pada tahap 97.40. Manakala rintangan pada tahap 98.50. Kita dapat melihat lantunan harga selepas laporan ekonomi 'NOn-Farm Payrolls' yang telah dikeluarkan pada hari ini tetapi saya tidak menjangkakan harga untuk membuat tahap tinggi baru yang lebih tinggi.

Analisis Teknikal USDX untuk 04 Mac, 2016

Tanpa mengambil kira pergerakkan jangka pendek, saya meramalkan indeks Dollar akan bergerak sebagai sebahagian daripada Gelombang E segi tiga yang lebih rendah ke arah 96-95 untuk melengkapkan pembentukan sisi yang lebih besar. Rintangan penting didapati terletak pada tahap 98.80-99. Manakala sokongan pada tahap 95.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan