logo

FX.co ★ Analisis Harian Emas untuk 07 Mac, 2016

Analisis Harian Emas untuk 07 Mac, 2016

Analisis Harian Emas untuk 07 Mac, 2016

Gambaran Keseluruhan

Emas telah didagangkan dalam aliran menaik sejak sesi dagangan awal dan melepasi rintangan $ 1263.23 sekali lagi. stokastik mula memberikan isyarat pertindihan yang positif pada carta empat jam, yang menyokong ramalan kesinambungan kenaikan harga kami dalam masa yang akan datang, membuka jalan untuk harga bergerak menuju ke arah tahap halangan $ 1300.00 sebagai sasaran utama yang seterusnya. Secara umumnya, kesan positif corak segi tiga simetri yang ditembusi sebelum ini masih sah sehingga sekarang. Adalah digalakkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan senario kenaikkan harga untuk dagangan jangka pendek, menunggu sehingga harga mensasarkan ke tahap $ 1300.00 sebagai tahap harga utama yang seterusnya. Para pedagang harus diingatkan bahawa penembusan harga di atas tahap $ 1226.00 dan $ 1212.34 akan mewujudkan keadaan yang penting untuk mencapai sasaran yang diharapkan.

Julat dagangan untuk hari ini diramal terletak di antara tahap sokongan 1240.00 dan tahap rintangan 1300.00.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan