logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 Mac, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 Mac, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 Mac, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 0.6730. Berdagang pada tahap 0.6769, pasangan mata wang ini masih mengukuh, walau bagaimanapun ia kekal berada di atas sokongan utama yang terletak pada tahap 0.6730, yang diramal akan menghadkan mana-mana aliran menurun. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Oleh itu, walaupun kesinambungan daripada pengukuhan harga ini tidak boleh dikecualikan, sebagaimana kesinambungan harga harus dihadkan. Selagi 0.6735 tidak ditembusi, maka perhatikan lonjakan kenaikkan harga ke tahap 0.6820 dan 0.6860 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6820 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6860. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6695 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 155.70. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6730.

Tahap Rintangan: 0.6820, 0.6860, 0.69

Tahap Sokongan: 0.6695, 0.6640, 0.6590

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan