
Ringakasan Gelombang:
Harga berayun agak tidak menentu pada hari ini, walau bagaimanapun tiada apa yang berubah pada gambaran umum. Gelombang [ii] berakhir pada tahap 1.6086 dan gelombang [iii] yang lebih tinggi ke arah 1.8551 kini sedang membangun.
Sokongan jangka pendek didapati terletak berhampiran pada tahap 1.6589, yang ideal untuk melindungi aliran penurunan harga di atas tahap rintangan kecil 1.6768 dan yang lebih penting di atas garis rintangan 1.6845 sekaligus mengesahkan pergerakan kenaikkan harga yang seterusnya ke tahap 1.7220 menuju lebih tinggi ke tahap 1.8551.
Cadangan Dagangan:
Lonjakan harga yang mendadak telah menembusi stop loss kami pada tahap 1.6250 untuk keuntungan yang baik semalam. Kami kini sedang mencari peluang untuk mengambil pesanan membeli EUR sekali lagi pada tahap 1.6595 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6768 (satu pesanan yang diambil akan membatalkan pesanan lain).
