logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Mac, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Mac, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Mac, 2016

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramal akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 0.6745. Secara teknikal, pasangan mata wang ini kekal di bawah tekanan di bawah tahap rintangan 0.6745. Penurunan purata pergerakkan tempoh 50 kini juga menuju ke arah bawah. Di samping itu, turutan tahap tinggi yang lebih rendah dan tahap rendah tidak terjejas, dan indeks kekuatan relatif dilihat memihak kepada aliran penurunan harga baru. Oleh itu, selagi rintangan pada tahap 0.6745 kekal mengukuh, perhatikan tindakan harga yang tidak menentu dengan kecenderungan aliran menurun. Sasaran penurunan harga kami yang seterusnya telah ditetapkan pada tahap 0.6660 dan 0.6625.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.666. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6625. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6745. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6790 dan sasaran kedua pada tahap 0.6830.

Tahap Rintangan: 0.6790, 0.6835, 0.6870

Tahap Sokongan: 0.666, 0.6625, 0.66

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan