Gambaran makro global bagi 25/03/2016:
Jualan Runcit UK yang dikeluarkan semalam dan ianya adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan.Pasaran menjangkakan jualan untuk berada pada tahap -0.7% b/b (3.5% b/b) selepas angka yang lebih baik dikeluarkan bulan lepas (2.3% b/b;5.4% t/t).Tetapi pasaran terjekut dengan penurunan yang mengejutkan kepada tahap -0.4% b/b (3.8% t/t).Kesimpulannya,pengguna British telah pun menyokong ekonomi domestik didalam kaji selidik yang dijalan beberapa bulan yang lepas.Inilah sebab BoE menjangkakan pengunaan isi rumah akan meningkat 2.75% tahun ini.Namun,memandangkan keseluruhan data baik,terdapat beberapa petanda pada kemungkinan kelembapan didalam pengunaan pengguna.Konsartium Runcit British baru-baru ini telah pun mengeluarkan laporan menunjukkan pertumbuhan tahunan perbelanjaan runcit menurun kepada 1.1% pada Februari daripada 3.3% didalam bulan sebelumnya.Persoalannya sekarang adalah samada isi rumah dengan pendapatan boleh guna (disimpan disebabkan inflasi yang hampir kosong dan rekod pekerjaan) akan terus untuk berbelanja dengan keras untuk menyokonh ekonomi domestik.
Mari kita lihat kepada gambaran teknikal pasangan GBP/USD pada rangka masa H4.Kita boleh melihat dengan jelas penembusan semasa bawah garisan aliran emas dan penolakkan harga pada tahap 1.4182 (Graf Doji).Ketika ini,pasaran sedang mencuba untuk menguji garisan aliran emas yang dibentuk dibawah.Walaubagaimanapun,selagi tahap pada 1.4182 tidak ditembusi,penurunan akan kekal terkawal terhadap pasaran ini.

