
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah melonjak naik melalui tahap 127.20 pada hari ini, hanya sebentar tadi. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan pada tahap 127.10, ia kelihatan seolah-olah akan meneruskan aliran menurun. Sebaliknya, penembusan harga di atas tahap 127.30 akan menyasarkan harga sekurang-kurangnya ke tahap 128.00. Sila ambil perhatian bahawa aliran penurunan harga dijangka akan kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal didagangkan di bawah tahap 127.30 pada sesi dagangan hadapan. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal pada kedudukan menjual buat masa ini, dengan risiko ditetapkan pada tahap 127.30. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap 127.30, manakala sokongan pada tahap 126.80, masing-masing. Penurunan harga di bawah tahap 126.80 dan seterusnya ke tahap 126.50 akan mempercepatkan lagi aliran penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 127.40, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
