logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX untuk 29 Mac, 2016

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Mac, 2016

Seperti yang dijangka, Indeks Dollar telah mula membuat penarikan semula harga. Para pedagang disarankan untuk mmebuat sebarang aktiviti perdagangan untuk tempoh yang singkat kerana kita perlu menunggu ucapan Pengerusi Fed Janet Yellen yang pasti akan memberikan sedikit turun naik bagi pasaran forex..

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Mac, 2016

Garis merah - rintangan jangka pendek

Garis biru - rintangan jangka sederhana

Indeks Dollar masih didagangkan dalam aliran menurun jangka pendek. Harga kini dilihat sedang membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Ia kini menguji (cloud) rintangan Kumo dan garis arah aliran rintangan. sokongan jangka pendek terletak pada taha[ 95.80-95.60. Jika ia ditembusi, maka kita boleh menjangkakan harga akan bergerak ke arah tahap 95.30 yang merupakan sokongan jangka pendek utama. Pada kawasan harga tersebut, saya akan memulakan kedudukan membeli dengan Stop loss terletak pada tahap 94.60. Pedagang konservatif perlu menunggu sehingga harga menembusi di atas garis aliran rintangan untuk memulakan kedudukan membeli.

Analisis Teknikal USDX untuk 29 Mac, 2016

Berdasarkan kepada carta harian, kita masih dapat melihat harga didagangkan di bawah (cloud) rintangan Kumo dan di antara indikator kijun- dan Tenkan-sen. Rintangan terletak pada tahap 96.60 dan sokongan pada tahap 95.80. Pembalikan harga jangka sederhana akan berlaku sekiranya harga menembusi di atas 97.50. Secara keseluruhanya, saya lebih suka untuk menjadi neutral pada paras semasa.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan